Saturday, April 3, 2010

KHALIFAH ISLAM PERTAMA YANG AGUNG



selawat dan salam buat MUhammad S.A.W...semoga umat islam berada dalam lingkungan rahmat Allah hendaknya...dalam post kali ni, saye akan memberi sedikit info dan maklumat mengenai Abu Bakar dari sudut namanya, gelarannya dan juga bagaimana ia diislamkan... maklumat ini kesemuanya diambil dari buku yang bertajuk اسد الغابة في معرفة الصحابة: لعزالدين بن الاثيرابي الحسن علي بن محمد الجزري(ت٦٣٠ھ)...terjemahan ini saye ambil berikutan ia adalah salah-satu daripada subjek yang saya ambil dalam subjek SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM... terjemahan ini dilakukan secara berjemaah antara kami pelajar dan juga dibantu Uztaz Ezad Azrai Jamsari dari muka surat 315-319.....hayatilah keistimewaan Abu Bakar sehingga beliau diberi mandat menjadi khalifah pertama islam:


NAMANYA


• Nama panjangnya adalah Abdullah bin ‘Amir bin ‘amru bin ka’ab bin sa’ad bin tayim bin murrah bin ka’ab bin lu’ay al-Qurasyi at-Taimi

عبدالله بن عثمان بن عامر بن عمرو بن كعب بن سعد بن تيم بن مرة بن كعب بن لوءي القرشي التيمي


• namanya yang paling popular dalam kalangan umat islam kini adalah Abu Bakar As-Siddiq bin Abu Quhafah (ابو بكر الصديق بن ابي قحافة).

• Nama bapanya yang sebenar adalah Uthman (عثمان).


• Manakala ibunya bernama Ummu khair salma binti sakhar bin ‘amir bin ka’ab bin sa’ad bin tayim bin murrah ام الخير سلمى بنت صخر بن عامر بن كعب بن سعد بن تيم بن مرة))

• ibunya adalah anak pakcik kepada Abi Quhafah (ابي قحافة), ini bermaksud bapa dan ibu Abu Bakar As-Siddiq adalah sepupu yang bertemu datuknya iaitu ‘Amir (عامر).

• Terdapat dua pendapat lain mengenai nama ibu Abu Bakar:
1. Laila ليلى dan ini adalah pendapat Muhammad bin Sa’ad
2. keturunan sebenar ibunya adalah seperti ini سلمى بنت صخر بن عامر بن عمرو بن كعب بن سعد بن تيم بن مرة. Yang mana apbila ia diteliti terdapat pertambahan nama selepas ‘Amir iaitu Amru

• pendapat lain yang menyatakan ibu kepada Abu Bakar As-Siddiq adalah anak kandung kepada abang Abu Quhafah (suami Salma, bapa Abu Bakar). Tetapi dalam tradisi arab tidak dibenarkan berkhawin dengan anak saudara kandung, maka pendapat yang menyatakan ibunya adalah anak kepada pakcik Abu Quhafah adalah yang lebih sahih.

• Abu Bakar adalah sahabat dan peneman nabi ketika hijrah dan ini disokong oleh Umar, Uthman, Aliu, Abd Rahman bin ‘Auf, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Huzaifah, Zaid bin Harith dan ramai lagi

• Terdapat perselisihan pendapat nama sebenar Abu bakar, maka ada yang berpendapat namanya adalah Abdul Ka’bah (عبد الكعبة).

• Kemudiannya ditukar oleh rasulullah iaitu Abdullah عبد الله. Nama ini juga digunakan oleh ahli keluarganya sendiri.


• Pendapat lain juga menyatakan namanya adalah ‘Atiq (عتيق). Ada tiga sebab kenapa Abu bakar dinamakan dengan nama ‘Atiq:
1. Kerana wajahnya yang hensem, cantik dan segak (disokong oleh Al-Laith dan jamaah)
2. Kerana keturunannya adalah yang baik-baik dan tiada cacat celanya (disokong oleh Zubair Ibni Bakar)
3. Kerana Rasulullah bersabda: Kamu (abu bakar) bebas (atiq) daripada api neraka

• Dikhabarkan kepada kami Ibrahim bin Muhammad bin Mihran Al-Fakih dan sebagainya, berkata: dengan disandarkan kepada Abi Isa At-Tarmizi, berkata: diceritakan kepada kami Ishak bin Musa Al-Ansari, diceritakan kepada kami Ma’an, diceritakan kepada kami Ishak bin Yahya bin Talhah, daripada pakciknya Ishak bin Talhah, daripada Aisyah r.a: “sesunggunya abu bakar telah datang menziarahi rasulullah s.a.w, maka baginda bersabda kepadanya: kamu bebas (عتيق) daripada api neraka. Maka dengan itu ia dinamakan sebagai ‘atiq (عتيق)



GELARAN


• Diriwayatkan oleh Aisyah maka berkata dia: “ ketika rasulullah diperjalankan (isra’) ke masjid al-Aqsa, maka berlakulah gelombang dan pengkhabaran kisah ini ke seluruh tanah mekah dan diketahui setiap umat di sana, maka murtad bagi yang dahulunya beriman dan mempercayai Muhammad serta membuat juga fitnah akan perjalan isra’ ini. Maka Abu Bakar berkata: sesungguhnya aku membenarkan kisah ini bahkan jika lebih jauh lagi, dia tidak berganjak daripada kepercayaanya kepada Muhammad. Maka dengan itu dinamakan sebagai as-Siddiq (الصديق)


PENGISLAMANNYA



• Abu Bakar adalah orang yang paling awal yang memeluk islam-pendapat ini disokong oleh Ibnu Abbas, Hassan bin Thabit, Amru bin Abusah dan Ibrahim An-Nakho’I dan selebihnya.

• Dikhabarkan kepada kami oleh Abu Ja’far bin Samin dengan sanadnya Yunus bin Bakir daripada Ibnu Ishak, berkata: diceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahman bin Abdullah bin Al-Husain At-Tamimi sesungguhnya Rasulullah bersabda: “ketika aku menjalankan kerja-kerja dakwah, tiada seorang pun yang mempercayainya, melainkan dia adalah abu bakar.”


• Dikhabarkan kepada kami oleh Al-Hafiz Al-Kasim bin Ali bin Al-Hasan dalam kitabnya berkata: diceritakan oleh bapa ku, berkata: disampaikan kepada kami oleh Abu Al-Kasim Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Bayan-berkata Ali: kemudian dikhabarkan oleh Abu Barakah Al-Anmathi berkata :diceritakan oleh Abu al-Fadil bin Hairun-berkata diceritakan oleh Abu al-Kasim bin Bisyran, dikhabarkan oleh Abu Ali al-Sawaf, diceritakan oleh Muhammad bin Uthman bin Ali Syaibah, diceritakan oleh al-Minjab bin al-Harith, diceritakan oleh Ibrahim bin Yusuf, diceritakan oleh Kholaf al-‘Urfuti Abu Umayyah, daripada walid Khalid bin ‘Urfutoh daripada Ibnu Dab iaitu Isa bin Yazid berkata: berkata Abu Bakar as-Siddiq: ((sesungguhnya aku duduk dihalaman kaabah, dan zaid bin amru bin nufail juga duduk di halaman kaabah. Maka telah datang kepadanya Umaiyah bin Abi Sollat maka berkata: apa khabar wahai pencari kebenaran (Zaid)??..dijawabya : baik-baik sahaja. Bertanya lagi Umaiyah kepadanya: adakah kamu sudah menjumpai kebenaran?, berkata lagi Zaid: tidak, sesungguhnya aku tidak akan pernah berputus asa. Adapun nabi yang diutuskan itu adalah dari kalangan kami ataupun kalangan kamu atau juga dari tanah palestin

• Berkata Abu Bakar: aku tidak mendengar akan sebarang kisah akan perutusan seorang nabi. Maka aku (Abu Bakar) telah pergi mendapatkan Warakah bin Naufal. Beliau adalah seorang yang mahir akan hal-hal dan berita dari langit (kitab-kitab samawi) dan aku lihat dadanya berdegup dengan mantera-mantera. Maka aku pun menceritakan tentang kisah antara Zaid dan Umaiyah akan ada perutusan nabi kelak, maka berkata Warakah: benar wahai anak saudaraku, sesungguhnya aku adalah seorang yang alim akan kitab-kitab samawi dan ulama’. Tidaklah diutuskan nabi itu kecuali datangnya daripada tengah-tengah bangsa arab, dan aku juga pakar ilmu nasab, dan kaum engkaulah (Abu Bakar) yang dimaksudkan itu (quraisy). Aku berkata lagi: wahai pakcik, apakah yang dikatakn oleh nabi itu..? maka Warakah menjawab: sesungguhnya dia bukanlah seorang yang zalim dan zalim secara berjemaah. Maka ketika nabi Muhammad diutuskan aku percaya dan aku membenarkannya serta beriman.


• Abdullah bin Mas’ud berkata: berkata Abu Bakar as-Siddiq: sesungguhnya aku telah keluar berniaga ke negeri yaman sebelum nabi diutuskan di tanah arab, maka aku telah mneziarahi seorang skeikh daripada kaum azad yang sangat alim dalam membaca kitab-kitab samawi, dan beliau juga adalah seorang pengajar ke atas pengikutnya yang ramai, maka ketik beliau melihat aku, dia berkata: adakah kamu (Abu Bakar) berasal daripada bumi haram (mekah)?, aku menjawab: benar, aku datang dari tanah haram, dia bertanya lagi adakah kamu berasal dari keturunan quraisy?, Ya aku datang dari keturunan quraisy, dan daia bertanya lagi adakah engkau daripada bani tayim, Ya aku daripada tayim bin murrah, dan aku adalah Abdullah bin uthman, maka pendita itu berkata yang dia ada beberapa pandangan mengenai Abu Bakar. Lalu pendeta itu menyuruh Abu Bakar membuka baju bagi melihat perutnya. Tetapi Abu Bakar menolak kerana apakah tujuannya tidak diketahui olehnya. Lalu pendeta itu berkata: sesungguhnya ilmu aku ini adalah benar dan aku menjangkakan seorang nabi akan muncul di tanah haram, yang mana baginda akan dibantu seorang yang pertengahan umur dan seorang yang sangat muda, adapun yang masih muda itu sangat kuat pertahanannya dan yang pertengahan umur itu adalah seorang yang putih dan kurus (Abu Bakar), dan perutnya mempunyai tahi lalat manakala peha kirinya mempunyai tanda kelahiran. Adapun pendeta tadi mengarahkan Abu Bakar tidak perlu membuka segalanya kerana sekali pandang pendeta tadi orang itu adalah Abu Bakar. Dan Abu Bakar mengesahkan tanda-tanda tersebut.

• Berkata Abu Bakar: aku sudah beberapa hari tinggal di tanah yaman dan sudah sampai masanya beliau mengucapkan selamat tinggal kepada pendeta azad tersebut, kemudian pendeta tadi memberikan bait syair untuk dilafazkan kepada nabi Muhammad setibanya di mekah nanti.

• Setibanya di mekah, telah berlakunya perutusan nabi di sana ketika ketiadaan Abu Bakar. Suasana ketika itu sangat kecoh dan gempar. Ketika itu turut sama hadir pemimpin arab quraisy seperti uqbah bin abi mu’it dan syaibah, dan rabiah, abu jahal dan abu al-buhktari. Dan mereka turut berjumpa dengan abu bakar. Maka Abu Bakar berkata: apa yang berlaku dan apa yang sehingga menjadi gempar sebegini?. Berkata yang lain: ya Abu Bakar …ada berita tergempar yang sangat mengemparkan tanah mekah ini…anak yatim kepada Abd Mutalib mengakuinya sebagai nabi, jikalau tidak kerana menunggu kedatangan engkau sesungguhnya sudah lama kami membelasah Muhammad ini. Alang-alang engkau sudah di sini maka engkaulah selesaikan masalah ini. Maka Abu Bakar mengarahkan mereka semua pulang dengan kedaan tenang dan aman. Lalu abu bakar mencari Muhammad di rumah isterinya iaitu Khadijah. Lalu diketuk pintu rumah khadijah maka keluar Muhammad dituntutnya penjelasan Muhammad. Abu bakar berkata: wahai Muhammad sesungguhnya engkau sudah meninggalkan keluargamu, dan meninggalkan agama nenek moyangmu. Maka Muhammad berkata: wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada mu dan juga seluruh umat manusia sekalian, maka berimanlah dengan Allah. Maka Abu Bakar menuntut bukti dan Muhammad berkata lagi: buktinya adalah sheikh yang engkau jumpa di Yaman tersebut… dijawab sheikh yang mana satu???....sheikh yang telah memberikan mu serangkap bait syair… Abu Bakar meminta penerangan siapakah yang memberitahu kamu (Muhammad) kerana sesungguhnya hanya dia sahaja yang tahu akan hal ini…sesungguhnya malaikat telah datang memberitahu akan hal ini…lalu Abu Bakar berkata: hulurkan tangan mu, maka sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah…lalu terserlah kegembiraan di wajah Muhammad akan pengislaman abu bakar.



*Setakat ni sahajalah maklumat yang diberikan...jika ada tersalah menterjemahkan harap sama-sama kita perbetulkan...krn pembetulan menambahkan lagi ilmu kita...hayati lah kisah pengislamannya yang penuh dengan pencarian kebenaran dan penuh hikmah...kepercayaannya kepada agama Allah dan pesuruhnya tiada tolok bandingannya, maka kelayakannya menjawat khalifah pertama islam memang bertepatan.....*

No comments:

Post a Comment