Thursday, January 28, 2010

HIKAYAT HIDUP IMAM YANG KONTERVERSI




Assalamualaikum dan Syukur serta Selawat, salam dan puji-pujian buat nabi junjungan Muhammad S.A.W.. post kali ni, saya akan menulis serba-sedikit hikayat hidup sang imam ini semasa hayat...penulisan ini adalah sebahagian daripada isi perbincangan dalam asigment saya dlm subjek falsafah agama iaitu Agnosticism dan pemikiran al-Ghazali.so dgn info ini, dpt memberi gmbaran umum tentang latar belakang imam ini buat pembaca sekalian ....




Al-Ghazali (1055–1111) adalah salah seorang ulama’ yang paling utama di samping beliau adalah ahli falsafah, ilmu kalam, fiqh dan juga ahli tasawuf sunni islam yang berpengaruh. Individu ini menjadi aktif dan sangat cergas di masa umat islam menempuh cabaran dari akidah Shiah Ismailiah dan juga penyerapan falsafah Aristotal dalam tradisi arab. Beliau juga adalah tokoh yang telah mengarang buku terhebat bertajuk “ kesesatan ahli falsafah” atau (Tahâfut al-falâsifa) dan di dalamnya beliau telah mengkritik dua puluh tempat atau posisi dalam ilmu falsafah itu sendiri. Bagi sisi bangsa arab dan muslim memandang al-Ghazali sebagai pendemontrasi selain menapis dan membuat ringkasan keatas epistimologi logik dan metafizik Aristotal. Dengan itu, al-Ghazali adalah individu yang berjaya dalam memperkenalkan fahaman Aristotal ke dalam ilmu teologi islam berbanding Ibn Sina.

KEHIDUPAN AL-GHAZALI

Al-Ghazali telah meyebabkan secara signifikasi kepada perkembangan secara sistematik pada bidang tasawuf dan ia menjadi integrasi serta diterima dalam aliran utama islam sebagaimana aliran-aliran utama yang lain. Beliau adalah sarjana dan tokoh aliran Sunni, menjujung aliran Shafi’e dalam fiqh serta aliran Asyari bagi sekolah teologi. Beliau juga telah dikenali dengan nama lain sebagai memperingati ketokohannya dalam bidang ilmu dan antaranya adalah Sharaful A'emma (شرف الأئمّة‎), Zainuddin ( زين الدين) dan Hujjatul Islam ( حجّة الاسلام). Beliau juga adalah kunci utama kepada penyebaran serta pendokong aliran Ashaari serta penentang kepada aliran Mu’tazilah.(wikipedea)

Abû Hâmid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazâlî dilahirkan pada tahun antara 1058-1059 masihi di kawasan Tabarân-Tûs (15 meter ke utara Meshed moden, Iran). Beliau menerima pendidikan awal di kampungnya sendiri Tus bersama dengan adiknya iaitu Ahmad yang telah menjadi pengkhutbah yang terkenal serta sarjana dalam bidang sufi. Kemudiannya al-Ghazali telah menerima pendidikan dari ahli teologi islam yang hebat iaitu al-Juwaini atau imam al-haramayan di madrasah Nizâmiyya yang berdekatan Nishapur. Dengan tahap keitelektualan yang tinggi telah menyebabkan dia diperhatikan oleh Nizam al-Mulk wazir terbesar Dinasti Seljuq, dengan kuasa yang ada telah melantik al-Ghazali sebagai profesor di universiti yang diberi nama al-madaris al-nizamiyya pada tahun 1091. (Montgomery 1953 )

Empat tahun kemudian pada tahun 1095, al-Ghazali telah ditimpa krisis dengan bentuk fizikal yang semakin susut, namun beliau merasakan seperti biasa. Dalam pada itu, dia seperti merasakan seperti terdapat sesuatu yang boleh menjauhkan dirinya daripada neraka dan mendekatkan dirinya dengan syurga, namun apabila dia mengimbau kembali kehidupannya di muka bumi ini yang seakan melebihkan keduniaan adalah bodoh baginya mengharapkan ganjaran yang baik di akhirat nanti. (Montgomery 1953 ). Pada masa yang sama juga, al-Ghazali meninggalkan segala jawatannya di Baghdad dan berhijrah ke Damsyik dan Jerusalem serta dia telah melakukan nazar di kubur nabi Ibrahim yang dia tidak akan sesekali berkhidmat dalam bidang politik dan mengajar di sekolah-sekolah kerajaan. Adapun dalam pengembaraannya, beliau telah mengajar di sebuah sekolah kecil (zâwiya) yang ditubuhkan melalui derma ikhlas orang ramai. Selepas selesai mengembara, al-Ghazali kembali ke kampungnya semula, Tus di mana dia telah menubuhkan sebuah sekolah sufi yang kecil (khânqâh). (Griffel 2007)

Pada tahun 1106, al-Ghazali telah melanggar nazarnya semasa di kubur nabi Ibrahim yang mengatakan dia tidak akan pernah mengajar di sekolah kerajaan, namun akhirnya beliau kembali mengajar di sekolah kerajaan iaitu Nizâmiyya Madrasa in Nishapur. Menurut para pelajar dan pengikutnya, al-Ghazali telah membuat langkah untuk mengajar di sekolah kerajaan adalah kerana ingin merungkai segala kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat islam ketika itu yang terumbang-ambing dengan ilmu teologi serta juga tekanan yang diterima olehnya daripada pemerintahan Seljuq (wazir Fakhur al-Mulk). Beliau menambah, dirinya adalah sebagai pembaharu (muhyî) yang disebut dalam hadis bahawa akan timbul setiap abad.(Griffel 2007). Selama sepuluh tahun mengembara ke sana dan sini telah membawa dirinya menjadi penulis buku dan antara buku yang pertamanya adalah dalam bidang prinsip teologi-etika iaitu احياء علوم الدين‎ atau “The Revival of Religious Sciences”. Pengembaraanya telah membawanya ke Damsyik dan Palestin (Jerusalem) dan seterusnya ke Mesir, Mekah, Madinah dan kembali semula ke Tus dan meninggal dunia di kampungnya sendiri pada tangggal 19 disember 1111. (R. Jorel 1970 )

karya-karya al-Ghazalai:
=ihya' Ulum al-Din
=Al-Iqtishad fi al-I'tiqad
=Maqasid al-Falasifat
=Tahafut al-Falasifat
=Al-Munqiz Min al-Dhalal

rujukan:

P/S: apa yang menjadikan imam Al-Ghazali ini konterversi dari sarjana islam yang lain adalah kerana beliau telah mengkafirkan ahli-ahli falsafah iaitu Ibnu Sina dan Al-Farabi kerana keduanya mengeluarkan falsafah ketuhanan atau metafizik yang mengelirukan orang awam. selain penegasan beliau akan pengharaman orang awam untuk mempelajari ilmu kalam, kerana baginya ia adalah ilmu bagi orang yang berintelektual sahaja. namun, ramai cerdik pandai kontemperari ini menjatuhkan hukum dan andaian yang ekstrim kepada imam ini dan ada yang sanggup mengatakan kemunduran umat islam sekarang adalah kerana berpunca daripada al-Ghazali kerana menghalang orang awam mendalami ilmu falsafah.

bagi penulis, apa yang diharamkan oleh imam ade hikmahnya dan beliau melakukannya untuk tidak membebankan dan mengelirukan umat islam pada masa depan. sebagi contoh pengharaman ilmu falsafah adalah dari sudut metafiziknya sahaja atau bab ketuhanan tetapi intipati-intipati ilmu yang lain dibenarkan sperti politik, matematik dan lain-lain. manakala pengharaman ilmu kalam dipelajari orang wam adalah kerana metode dan kaedah ilmu kalam adalah berbentuk rasional dan falsafah, oleh itu orang intelektual shj yg fham apa itu falsafah dan rasiaonal. di samping ilmu kalam digunakan untuk menyerang kembali dakwaan dan hujahan kaum bida'ah, bagi org awam cukup sekadar tauhid...apa yang dikatakan sesat adalah apa yang telah dikaji dan didalami sendiri imam seperti ilmu falsafah, belaiu menghabiskan masa 2 tahun utk mempelajarinya sehingga beliau menjadi ahli atau pakar.....

kita sebagi umat islam kini hanya perlu jangan melakukan kesilapan yang sama dan mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut..kita tidak boleh mengatakan kafir, sesat dan kufur pada pihak lain terutamanya ulama'-ulama' islam dan orang islam yang lain kerana idealogi dan fahaman yang berbeza kerana ia menyalahi manhaj ahli sunnah wal jamaah di samping kita(manusia)bukanlah penentu syurga dan neraka seseorang tetapi Allah.......


rujukan:
=Griffel Frank. Al-Ghazali. 2007. plato.stanford.edu/entries/al-ghazali/[10.1.2010]
=Montgomery Watt. W. The Faith And Practice Of Al-Ghazali. 1953. London: George Allen And Unwin LTD.
=en.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali [7.1.2010]
=R. Jorel Edward. The History Of Philosophy In Islam. 1970. London: Luzac & Compaq LTD

2 comments:

  1. oh assalammualaikum..saya datang berziarah :)

    http://ana-solehah6511.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam diterima dgn hati terbuka n dialu-alukn..k

    ReplyDelete