Tuesday, November 22, 2011

SALAM....




alhamdulillah Rabil alamin....solatuwasassalam ala nabiyana Muhammad SAW...ala kulli hal salammualaikum ala ikhwanana muslimin wa muslimat mina masyrik ila maghrib...
agak lama sekali tidak menjenguh blog ini...sehingga diri ini sudah lupa akan kewujudan blog Islamisok ini....mungkin kesibukan yang melanda diri ini menjadi penghalang kepada hasrat untuk menulis...

sekadar memanaskan jari-jemari untuk kembali siap dan bersedia mengaktifkan kembali bidang penulisan blog ini...InsyaAllah penulis akan sentiasa updatade dgn perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia dan dunia serta khususnya perkembangan umat Islam... KERNA AKU SEORANG ISLAM...

dengan lafaz Bismillah ar-Rahman ar-Rahim, penulis memohon limpah kurniaNya dan kuasaNya agar diberi kesempatan untuk sentiasa melakukan kebaikan untuk kemaslahatan Umat Islam yang penulis sayangi sekalian...Salam mualaikum :)

Thursday, March 31, 2011

CINTA DAN SAYANG PERSAHABATAN INI PADA KAMU.........


Salam buat semua muslimin dan muslimat saudara seislam saya...selawat dan salam buat Nabi Muhammad penyelamat saya dan muslimin kelak di akhirat dengan syafaatnya serta para sahabatnya yang membantu menyebarkan Islam sehingga menjangkau pelusuk dunia....

post kali ini saya tujukan khas buat rakan2 tahun 3 seperjuangan di Jabatan Usuluddin dan falsafah, UKM


Benar2 syukur kepada Tuhan yang masih menghidupkan saya untuk terus menghirup sebanyak mungkin nikmatNya serta mampu berjalan menuntut Ilmu di bumi UKM ini.... tiada ucapan seindah ingatan ikhlas, tiada sedih seindah hari ini dan tiada gembira yang seceria hari ini khas buat teman-teman saya di JUF..tanggal 1.4.2011 segalanya sudah berakhir apabila pengajian saya selama 3 tahun di UKM smpai ke penghujungnya.... benak ini masih memikirkan betapa cepatnya masa dan ruang yang Tuhan beri kepada saya untuk mengenali lebih lagi akan teman-teman di JUF ni....semacam baru kelmarin mendaftarkan diri di UKM dan mengenali rakan-rakan JUF saya.....apa yang bakal terjadi apabila semuanya keluar membawa haluan masing2 kelak?... berjumpa lagikah kita?...apa ikatan ini masih kekal berpanjangan?... persoalan2 yg sentiasa bermain...... tetapi apapun semua telah ditentukan oleh Allah,,, saya pasti perancangan Tuhan yang baik menanti kita dihadapan sana... jodoh dan pertemuan semula kita pada kelak hari hanya Tuhan saja yang tahu dan lebih arif (cuba memujuk hati)...


Sepanjang saya di UKM dan berkuliah serta bertutor dengan rakan2 JUF, banyak meninggalkan kesan dan ingatan yang sangat manis...umpama di sekolah menengah dahulu..ingatan ini masih segar lagi begitujuga di UKM ini...mereka teman-teman saya...mengajar saya akan ilmu yang saya tidak pernah tahu, mengajar saya kehidupan dan bermacam2 lagi.....saya tidak pernah lupa.....walaupun saya banyk bergaul dengan rakan2 laki sahaja, yang perempuan pun jarang2 tetapi mereka masih teman saya yang akan saya ingat sampai bila2..... itu janji saya... (masih cuba memujuk diri)~~~ huhu....



Pastinya kenangan yang indah tidak pernah saya lupakan....apatahlagi kenangan yang pahit, pasti akan terus terpahat dalam sanubari ini.... ini lah ingatan yang sering saya imbas di kala mahu melelapkan mata menuju alam mimpi sejak akhir ini..mungkin perpisahan itu semakin dekat dengan kita.....moga mimpi saya malam ini akan sentiasa mengingatkan saya pada kenangan-kenangan itu.... kenangan yang manis makin mendekatkan kita sesama rakan sejabatan, manakala kenangan pahit sengaja Tuhan mengujinya buat kita semua untuk melihat perpaduan antara kita....ada hikmahnya itu semua....tpi saya menghargai semua kenangan2 ini......

buat rakan2 JUF semua, kalian tetap dihati saya selamanya selagi roh ini dkandung badan....doa dan ingatan tulus khas buat kalian berjaya dalam hidup selepas bergraduasi dari UKM dan seterusnya mencapai redha Ilahi bagi menempah syurganya di akhirat sana....Amiinn....

akhir kalam.....CINTA DAN SAYANG PERSAHABATAN INI PADA KAMU.........RAKAN@ JUF....

Monday, January 24, 2011

Pembuka kata 2011

salam...alhamdulillah rabbil a'lamin wabihi nasta'in...iyyaka na'bubdhu waiyyaka nasta'in...ihdhina sirotal mustakim...sirotal lazi na'an'amta 'alaihim ghoiril maghdhu bi 'alaihim waladhalin...amin....solatuwassalamu a'la nabi wakarabatihi waazwajihi wasahabatihi wa tabi'in wa tabi'tabi'in wakulli muslimin wa muslimat birahmatika ya arrahman arrahim..... sekadar pembuka bicara dan doa permulaan memohon kehadrat Allah dimurahkan rezeki sambil bertawasul dengan junjungan besar Nabi Muhammad bagi keberkatan kita semua.....Amin...

lama juga tidak menjenguk apatahlagi menitiskan beberapa dakwat pena dalam blog ini... mungkin terlalu sibuk dengan urusan pengajian tahun akhir ditambah keperluan lain yang terus menghalang diri ini dari terus menulis dan dalam pada masa yang sama ingin berdakwah.... pejam celik, pejam celik sudah tiga tahun saya berada di bumi UKM bagi menuntut segunung ilmu di sini...cepat sungguh masa berlalu...terasa rugi juga ada kerana jika difikirkan terlalu banyak bermain dari menela'ah...ya terlalu mengikut darah muda...tetapi kewajipan saya sebagai pelajar insyaAllah tidak saya lupakan....mohon doa'nya ya....

terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi di sini...ehrmm dasar dunia baru mesti mau sahaja dicoba dan diambil berat padahal urusannya saja sangat remeh... tpi mungkin saja yg remeh ini lebih terkesan dalam diri ini.....harap apa yang saya ketemukan disini mampu menjadi bekalan terbaik saya untuk bekerja kelak...dan jika Allah perkenankan mau saja saya menyambung master di sini..tapi semuanya tergantung izin Tuhan dan malah usahanya juga....tujuannya supaya saya mampu hidup dengan ilmu, bernafas dengan ilmu dan langkah dengan ilmu...saya tidak mau tergolong orang yang jahil dan mengikut tanpa ilmu....hanya ilmu mampu membentengi diri ini dari dosa dan tersalah langkah.....

Saturday, April 3, 2010

KHALIFAH ISLAM PERTAMA YANG AGUNG



selawat dan salam buat MUhammad S.A.W...semoga umat islam berada dalam lingkungan rahmat Allah hendaknya...dalam post kali ni, saye akan memberi sedikit info dan maklumat mengenai Abu Bakar dari sudut namanya, gelarannya dan juga bagaimana ia diislamkan... maklumat ini kesemuanya diambil dari buku yang bertajuk اسد الغابة في معرفة الصحابة: لعزالدين بن الاثيرابي الحسن علي بن محمد الجزري(ت٦٣٠ھ)...terjemahan ini saye ambil berikutan ia adalah salah-satu daripada subjek yang saya ambil dalam subjek SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM... terjemahan ini dilakukan secara berjemaah antara kami pelajar dan juga dibantu Uztaz Ezad Azrai Jamsari dari muka surat 315-319.....hayatilah keistimewaan Abu Bakar sehingga beliau diberi mandat menjadi khalifah pertama islam:


NAMANYA


• Nama panjangnya adalah Abdullah bin ‘Amir bin ‘amru bin ka’ab bin sa’ad bin tayim bin murrah bin ka’ab bin lu’ay al-Qurasyi at-Taimi

عبدالله بن عثمان بن عامر بن عمرو بن كعب بن سعد بن تيم بن مرة بن كعب بن لوءي القرشي التيمي


• namanya yang paling popular dalam kalangan umat islam kini adalah Abu Bakar As-Siddiq bin Abu Quhafah (ابو بكر الصديق بن ابي قحافة).

• Nama bapanya yang sebenar adalah Uthman (عثمان).


• Manakala ibunya bernama Ummu khair salma binti sakhar bin ‘amir bin ka’ab bin sa’ad bin tayim bin murrah ام الخير سلمى بنت صخر بن عامر بن كعب بن سعد بن تيم بن مرة))

• ibunya adalah anak pakcik kepada Abi Quhafah (ابي قحافة), ini bermaksud bapa dan ibu Abu Bakar As-Siddiq adalah sepupu yang bertemu datuknya iaitu ‘Amir (عامر).

• Terdapat dua pendapat lain mengenai nama ibu Abu Bakar:
1. Laila ليلى dan ini adalah pendapat Muhammad bin Sa’ad
2. keturunan sebenar ibunya adalah seperti ini سلمى بنت صخر بن عامر بن عمرو بن كعب بن سعد بن تيم بن مرة. Yang mana apbila ia diteliti terdapat pertambahan nama selepas ‘Amir iaitu Amru

• pendapat lain yang menyatakan ibu kepada Abu Bakar As-Siddiq adalah anak kandung kepada abang Abu Quhafah (suami Salma, bapa Abu Bakar). Tetapi dalam tradisi arab tidak dibenarkan berkhawin dengan anak saudara kandung, maka pendapat yang menyatakan ibunya adalah anak kepada pakcik Abu Quhafah adalah yang lebih sahih.

• Abu Bakar adalah sahabat dan peneman nabi ketika hijrah dan ini disokong oleh Umar, Uthman, Aliu, Abd Rahman bin ‘Auf, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Huzaifah, Zaid bin Harith dan ramai lagi

• Terdapat perselisihan pendapat nama sebenar Abu bakar, maka ada yang berpendapat namanya adalah Abdul Ka’bah (عبد الكعبة).

• Kemudiannya ditukar oleh rasulullah iaitu Abdullah عبد الله. Nama ini juga digunakan oleh ahli keluarganya sendiri.


• Pendapat lain juga menyatakan namanya adalah ‘Atiq (عتيق). Ada tiga sebab kenapa Abu bakar dinamakan dengan nama ‘Atiq:
1. Kerana wajahnya yang hensem, cantik dan segak (disokong oleh Al-Laith dan jamaah)
2. Kerana keturunannya adalah yang baik-baik dan tiada cacat celanya (disokong oleh Zubair Ibni Bakar)
3. Kerana Rasulullah bersabda: Kamu (abu bakar) bebas (atiq) daripada api neraka

• Dikhabarkan kepada kami Ibrahim bin Muhammad bin Mihran Al-Fakih dan sebagainya, berkata: dengan disandarkan kepada Abi Isa At-Tarmizi, berkata: diceritakan kepada kami Ishak bin Musa Al-Ansari, diceritakan kepada kami Ma’an, diceritakan kepada kami Ishak bin Yahya bin Talhah, daripada pakciknya Ishak bin Talhah, daripada Aisyah r.a: “sesunggunya abu bakar telah datang menziarahi rasulullah s.a.w, maka baginda bersabda kepadanya: kamu bebas (عتيق) daripada api neraka. Maka dengan itu ia dinamakan sebagai ‘atiq (عتيق)



GELARAN


• Diriwayatkan oleh Aisyah maka berkata dia: “ ketika rasulullah diperjalankan (isra’) ke masjid al-Aqsa, maka berlakulah gelombang dan pengkhabaran kisah ini ke seluruh tanah mekah dan diketahui setiap umat di sana, maka murtad bagi yang dahulunya beriman dan mempercayai Muhammad serta membuat juga fitnah akan perjalan isra’ ini. Maka Abu Bakar berkata: sesungguhnya aku membenarkan kisah ini bahkan jika lebih jauh lagi, dia tidak berganjak daripada kepercayaanya kepada Muhammad. Maka dengan itu dinamakan sebagai as-Siddiq (الصديق)


PENGISLAMANNYA



• Abu Bakar adalah orang yang paling awal yang memeluk islam-pendapat ini disokong oleh Ibnu Abbas, Hassan bin Thabit, Amru bin Abusah dan Ibrahim An-Nakho’I dan selebihnya.

• Dikhabarkan kepada kami oleh Abu Ja’far bin Samin dengan sanadnya Yunus bin Bakir daripada Ibnu Ishak, berkata: diceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahman bin Abdullah bin Al-Husain At-Tamimi sesungguhnya Rasulullah bersabda: “ketika aku menjalankan kerja-kerja dakwah, tiada seorang pun yang mempercayainya, melainkan dia adalah abu bakar.”


• Dikhabarkan kepada kami oleh Al-Hafiz Al-Kasim bin Ali bin Al-Hasan dalam kitabnya berkata: diceritakan oleh bapa ku, berkata: disampaikan kepada kami oleh Abu Al-Kasim Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Bayan-berkata Ali: kemudian dikhabarkan oleh Abu Barakah Al-Anmathi berkata :diceritakan oleh Abu al-Fadil bin Hairun-berkata diceritakan oleh Abu al-Kasim bin Bisyran, dikhabarkan oleh Abu Ali al-Sawaf, diceritakan oleh Muhammad bin Uthman bin Ali Syaibah, diceritakan oleh al-Minjab bin al-Harith, diceritakan oleh Ibrahim bin Yusuf, diceritakan oleh Kholaf al-‘Urfuti Abu Umayyah, daripada walid Khalid bin ‘Urfutoh daripada Ibnu Dab iaitu Isa bin Yazid berkata: berkata Abu Bakar as-Siddiq: ((sesungguhnya aku duduk dihalaman kaabah, dan zaid bin amru bin nufail juga duduk di halaman kaabah. Maka telah datang kepadanya Umaiyah bin Abi Sollat maka berkata: apa khabar wahai pencari kebenaran (Zaid)??..dijawabya : baik-baik sahaja. Bertanya lagi Umaiyah kepadanya: adakah kamu sudah menjumpai kebenaran?, berkata lagi Zaid: tidak, sesungguhnya aku tidak akan pernah berputus asa. Adapun nabi yang diutuskan itu adalah dari kalangan kami ataupun kalangan kamu atau juga dari tanah palestin

• Berkata Abu Bakar: aku tidak mendengar akan sebarang kisah akan perutusan seorang nabi. Maka aku (Abu Bakar) telah pergi mendapatkan Warakah bin Naufal. Beliau adalah seorang yang mahir akan hal-hal dan berita dari langit (kitab-kitab samawi) dan aku lihat dadanya berdegup dengan mantera-mantera. Maka aku pun menceritakan tentang kisah antara Zaid dan Umaiyah akan ada perutusan nabi kelak, maka berkata Warakah: benar wahai anak saudaraku, sesungguhnya aku adalah seorang yang alim akan kitab-kitab samawi dan ulama’. Tidaklah diutuskan nabi itu kecuali datangnya daripada tengah-tengah bangsa arab, dan aku juga pakar ilmu nasab, dan kaum engkaulah (Abu Bakar) yang dimaksudkan itu (quraisy). Aku berkata lagi: wahai pakcik, apakah yang dikatakn oleh nabi itu..? maka Warakah menjawab: sesungguhnya dia bukanlah seorang yang zalim dan zalim secara berjemaah. Maka ketika nabi Muhammad diutuskan aku percaya dan aku membenarkannya serta beriman.


• Abdullah bin Mas’ud berkata: berkata Abu Bakar as-Siddiq: sesungguhnya aku telah keluar berniaga ke negeri yaman sebelum nabi diutuskan di tanah arab, maka aku telah mneziarahi seorang skeikh daripada kaum azad yang sangat alim dalam membaca kitab-kitab samawi, dan beliau juga adalah seorang pengajar ke atas pengikutnya yang ramai, maka ketik beliau melihat aku, dia berkata: adakah kamu (Abu Bakar) berasal daripada bumi haram (mekah)?, aku menjawab: benar, aku datang dari tanah haram, dia bertanya lagi adakah kamu berasal dari keturunan quraisy?, Ya aku datang dari keturunan quraisy, dan daia bertanya lagi adakah engkau daripada bani tayim, Ya aku daripada tayim bin murrah, dan aku adalah Abdullah bin uthman, maka pendita itu berkata yang dia ada beberapa pandangan mengenai Abu Bakar. Lalu pendeta itu menyuruh Abu Bakar membuka baju bagi melihat perutnya. Tetapi Abu Bakar menolak kerana apakah tujuannya tidak diketahui olehnya. Lalu pendeta itu berkata: sesungguhnya ilmu aku ini adalah benar dan aku menjangkakan seorang nabi akan muncul di tanah haram, yang mana baginda akan dibantu seorang yang pertengahan umur dan seorang yang sangat muda, adapun yang masih muda itu sangat kuat pertahanannya dan yang pertengahan umur itu adalah seorang yang putih dan kurus (Abu Bakar), dan perutnya mempunyai tahi lalat manakala peha kirinya mempunyai tanda kelahiran. Adapun pendeta tadi mengarahkan Abu Bakar tidak perlu membuka segalanya kerana sekali pandang pendeta tadi orang itu adalah Abu Bakar. Dan Abu Bakar mengesahkan tanda-tanda tersebut.

• Berkata Abu Bakar: aku sudah beberapa hari tinggal di tanah yaman dan sudah sampai masanya beliau mengucapkan selamat tinggal kepada pendeta azad tersebut, kemudian pendeta tadi memberikan bait syair untuk dilafazkan kepada nabi Muhammad setibanya di mekah nanti.

• Setibanya di mekah, telah berlakunya perutusan nabi di sana ketika ketiadaan Abu Bakar. Suasana ketika itu sangat kecoh dan gempar. Ketika itu turut sama hadir pemimpin arab quraisy seperti uqbah bin abi mu’it dan syaibah, dan rabiah, abu jahal dan abu al-buhktari. Dan mereka turut berjumpa dengan abu bakar. Maka Abu Bakar berkata: apa yang berlaku dan apa yang sehingga menjadi gempar sebegini?. Berkata yang lain: ya Abu Bakar …ada berita tergempar yang sangat mengemparkan tanah mekah ini…anak yatim kepada Abd Mutalib mengakuinya sebagai nabi, jikalau tidak kerana menunggu kedatangan engkau sesungguhnya sudah lama kami membelasah Muhammad ini. Alang-alang engkau sudah di sini maka engkaulah selesaikan masalah ini. Maka Abu Bakar mengarahkan mereka semua pulang dengan kedaan tenang dan aman. Lalu abu bakar mencari Muhammad di rumah isterinya iaitu Khadijah. Lalu diketuk pintu rumah khadijah maka keluar Muhammad dituntutnya penjelasan Muhammad. Abu bakar berkata: wahai Muhammad sesungguhnya engkau sudah meninggalkan keluargamu, dan meninggalkan agama nenek moyangmu. Maka Muhammad berkata: wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada mu dan juga seluruh umat manusia sekalian, maka berimanlah dengan Allah. Maka Abu Bakar menuntut bukti dan Muhammad berkata lagi: buktinya adalah sheikh yang engkau jumpa di Yaman tersebut… dijawab sheikh yang mana satu???....sheikh yang telah memberikan mu serangkap bait syair… Abu Bakar meminta penerangan siapakah yang memberitahu kamu (Muhammad) kerana sesungguhnya hanya dia sahaja yang tahu akan hal ini…sesungguhnya malaikat telah datang memberitahu akan hal ini…lalu Abu Bakar berkata: hulurkan tangan mu, maka sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah…lalu terserlah kegembiraan di wajah Muhammad akan pengislaman abu bakar.



*Setakat ni sahajalah maklumat yang diberikan...jika ada tersalah menterjemahkan harap sama-sama kita perbetulkan...krn pembetulan menambahkan lagi ilmu kita...hayati lah kisah pengislamannya yang penuh dengan pencarian kebenaran dan penuh hikmah...kepercayaannya kepada agama Allah dan pesuruhnya tiada tolok bandingannya, maka kelayakannya menjawat khalifah pertama islam memang bertepatan.....*

Thursday, January 28, 2010

HIKAYAT HIDUP IMAM YANG KONTERVERSI




Assalamualaikum dan Syukur serta Selawat, salam dan puji-pujian buat nabi junjungan Muhammad S.A.W.. post kali ni, saya akan menulis serba-sedikit hikayat hidup sang imam ini semasa hayat...penulisan ini adalah sebahagian daripada isi perbincangan dalam asigment saya dlm subjek falsafah agama iaitu Agnosticism dan pemikiran al-Ghazali.so dgn info ini, dpt memberi gmbaran umum tentang latar belakang imam ini buat pembaca sekalian ....




Al-Ghazali (1055–1111) adalah salah seorang ulama’ yang paling utama di samping beliau adalah ahli falsafah, ilmu kalam, fiqh dan juga ahli tasawuf sunni islam yang berpengaruh. Individu ini menjadi aktif dan sangat cergas di masa umat islam menempuh cabaran dari akidah Shiah Ismailiah dan juga penyerapan falsafah Aristotal dalam tradisi arab. Beliau juga adalah tokoh yang telah mengarang buku terhebat bertajuk “ kesesatan ahli falsafah” atau (Tahâfut al-falâsifa) dan di dalamnya beliau telah mengkritik dua puluh tempat atau posisi dalam ilmu falsafah itu sendiri. Bagi sisi bangsa arab dan muslim memandang al-Ghazali sebagai pendemontrasi selain menapis dan membuat ringkasan keatas epistimologi logik dan metafizik Aristotal. Dengan itu, al-Ghazali adalah individu yang berjaya dalam memperkenalkan fahaman Aristotal ke dalam ilmu teologi islam berbanding Ibn Sina.

KEHIDUPAN AL-GHAZALI

Al-Ghazali telah meyebabkan secara signifikasi kepada perkembangan secara sistematik pada bidang tasawuf dan ia menjadi integrasi serta diterima dalam aliran utama islam sebagaimana aliran-aliran utama yang lain. Beliau adalah sarjana dan tokoh aliran Sunni, menjujung aliran Shafi’e dalam fiqh serta aliran Asyari bagi sekolah teologi. Beliau juga telah dikenali dengan nama lain sebagai memperingati ketokohannya dalam bidang ilmu dan antaranya adalah Sharaful A'emma (شرف الأئمّة‎), Zainuddin ( زين الدين) dan Hujjatul Islam ( حجّة الاسلام). Beliau juga adalah kunci utama kepada penyebaran serta pendokong aliran Ashaari serta penentang kepada aliran Mu’tazilah.(wikipedea)

Abû Hâmid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazâlî dilahirkan pada tahun antara 1058-1059 masihi di kawasan Tabarân-Tûs (15 meter ke utara Meshed moden, Iran). Beliau menerima pendidikan awal di kampungnya sendiri Tus bersama dengan adiknya iaitu Ahmad yang telah menjadi pengkhutbah yang terkenal serta sarjana dalam bidang sufi. Kemudiannya al-Ghazali telah menerima pendidikan dari ahli teologi islam yang hebat iaitu al-Juwaini atau imam al-haramayan di madrasah Nizâmiyya yang berdekatan Nishapur. Dengan tahap keitelektualan yang tinggi telah menyebabkan dia diperhatikan oleh Nizam al-Mulk wazir terbesar Dinasti Seljuq, dengan kuasa yang ada telah melantik al-Ghazali sebagai profesor di universiti yang diberi nama al-madaris al-nizamiyya pada tahun 1091. (Montgomery 1953 )

Empat tahun kemudian pada tahun 1095, al-Ghazali telah ditimpa krisis dengan bentuk fizikal yang semakin susut, namun beliau merasakan seperti biasa. Dalam pada itu, dia seperti merasakan seperti terdapat sesuatu yang boleh menjauhkan dirinya daripada neraka dan mendekatkan dirinya dengan syurga, namun apabila dia mengimbau kembali kehidupannya di muka bumi ini yang seakan melebihkan keduniaan adalah bodoh baginya mengharapkan ganjaran yang baik di akhirat nanti. (Montgomery 1953 ). Pada masa yang sama juga, al-Ghazali meninggalkan segala jawatannya di Baghdad dan berhijrah ke Damsyik dan Jerusalem serta dia telah melakukan nazar di kubur nabi Ibrahim yang dia tidak akan sesekali berkhidmat dalam bidang politik dan mengajar di sekolah-sekolah kerajaan. Adapun dalam pengembaraannya, beliau telah mengajar di sebuah sekolah kecil (zâwiya) yang ditubuhkan melalui derma ikhlas orang ramai. Selepas selesai mengembara, al-Ghazali kembali ke kampungnya semula, Tus di mana dia telah menubuhkan sebuah sekolah sufi yang kecil (khânqâh). (Griffel 2007)

Pada tahun 1106, al-Ghazali telah melanggar nazarnya semasa di kubur nabi Ibrahim yang mengatakan dia tidak akan pernah mengajar di sekolah kerajaan, namun akhirnya beliau kembali mengajar di sekolah kerajaan iaitu Nizâmiyya Madrasa in Nishapur. Menurut para pelajar dan pengikutnya, al-Ghazali telah membuat langkah untuk mengajar di sekolah kerajaan adalah kerana ingin merungkai segala kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat islam ketika itu yang terumbang-ambing dengan ilmu teologi serta juga tekanan yang diterima olehnya daripada pemerintahan Seljuq (wazir Fakhur al-Mulk). Beliau menambah, dirinya adalah sebagai pembaharu (muhyî) yang disebut dalam hadis bahawa akan timbul setiap abad.(Griffel 2007). Selama sepuluh tahun mengembara ke sana dan sini telah membawa dirinya menjadi penulis buku dan antara buku yang pertamanya adalah dalam bidang prinsip teologi-etika iaitu احياء علوم الدين‎ atau “The Revival of Religious Sciences”. Pengembaraanya telah membawanya ke Damsyik dan Palestin (Jerusalem) dan seterusnya ke Mesir, Mekah, Madinah dan kembali semula ke Tus dan meninggal dunia di kampungnya sendiri pada tangggal 19 disember 1111. (R. Jorel 1970 )

karya-karya al-Ghazalai:
=ihya' Ulum al-Din
=Al-Iqtishad fi al-I'tiqad
=Maqasid al-Falasifat
=Tahafut al-Falasifat
=Al-Munqiz Min al-Dhalal

rujukan:

P/S: apa yang menjadikan imam Al-Ghazali ini konterversi dari sarjana islam yang lain adalah kerana beliau telah mengkafirkan ahli-ahli falsafah iaitu Ibnu Sina dan Al-Farabi kerana keduanya mengeluarkan falsafah ketuhanan atau metafizik yang mengelirukan orang awam. selain penegasan beliau akan pengharaman orang awam untuk mempelajari ilmu kalam, kerana baginya ia adalah ilmu bagi orang yang berintelektual sahaja. namun, ramai cerdik pandai kontemperari ini menjatuhkan hukum dan andaian yang ekstrim kepada imam ini dan ada yang sanggup mengatakan kemunduran umat islam sekarang adalah kerana berpunca daripada al-Ghazali kerana menghalang orang awam mendalami ilmu falsafah.

bagi penulis, apa yang diharamkan oleh imam ade hikmahnya dan beliau melakukannya untuk tidak membebankan dan mengelirukan umat islam pada masa depan. sebagi contoh pengharaman ilmu falsafah adalah dari sudut metafiziknya sahaja atau bab ketuhanan tetapi intipati-intipati ilmu yang lain dibenarkan sperti politik, matematik dan lain-lain. manakala pengharaman ilmu kalam dipelajari orang wam adalah kerana metode dan kaedah ilmu kalam adalah berbentuk rasional dan falsafah, oleh itu orang intelektual shj yg fham apa itu falsafah dan rasiaonal. di samping ilmu kalam digunakan untuk menyerang kembali dakwaan dan hujahan kaum bida'ah, bagi org awam cukup sekadar tauhid...apa yang dikatakan sesat adalah apa yang telah dikaji dan didalami sendiri imam seperti ilmu falsafah, belaiu menghabiskan masa 2 tahun utk mempelajarinya sehingga beliau menjadi ahli atau pakar.....

kita sebagi umat islam kini hanya perlu jangan melakukan kesilapan yang sama dan mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut..kita tidak boleh mengatakan kafir, sesat dan kufur pada pihak lain terutamanya ulama'-ulama' islam dan orang islam yang lain kerana idealogi dan fahaman yang berbeza kerana ia menyalahi manhaj ahli sunnah wal jamaah di samping kita(manusia)bukanlah penentu syurga dan neraka seseorang tetapi Allah.......


rujukan:
=Griffel Frank. Al-Ghazali. 2007. plato.stanford.edu/entries/al-ghazali/[10.1.2010]
=Montgomery Watt. W. The Faith And Practice Of Al-Ghazali. 1953. London: George Allen And Unwin LTD.
=en.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali [7.1.2010]
=R. Jorel Edward. The History Of Philosophy In Islam. 1970. London: Luzac & Compaq LTD

Sunday, January 10, 2010

ALLAH...ISLAM KE KRISTIAN...????



Assalamualaikum dan selawat keatas our prophet Muhammad...




masuk je ke kelas Logik dan Pemikiran Kritis kat 10 pagi, prof terus berceramah dan kadang2 nampk marah akan kelulusan mahkamah keats penggunaan kalimah Allah oleh katolik...patut kami belajar tapi sebab kes ni xjadi belajar,kami dgr segala hujah prof....kate die kes ni xpatut timbul apatahlagi diluluskan utk digunakan coz Allah itu name khas merujuk tuhan yang satu not two not three... ketuhanan kristian pun ad tige (trinity) yang mane patut di panggil Allah, yg Bapa ke Anak ke Holy Spirit 2...????...bagi prof aku, Allah itu merujuk kepada Bapa..so yg 2 lagi tu panggil Allah ke tuhan...????


ni la trinity, yg berjanggut putih=God of Father(bapa), yag mude 2=god of Son(anak), n merpati putih kt ats 2=holy spirit


prof buat analogi kalimah MELAYU kalau diminta n dipakai oleh kaum lain, adatnye lain warne kulitnye pun lain, korang boleh terime ke...pastu yang bagi kelulusan pulak org india ke cine ke ape2 la...gitu jugk dlm hal ni.. prof ak xstuju pertame Allah adlh name khas merujuk tuhan yg esa dan yg bagi kelulusan pulak bukan org islam... tpi sivil..????..patut mhkmh syariah la kn...nak beli timun knelah beli kt pasar bukan kedai kasut....kalu jmpe pn tokey kdai 2 puny...hahaha.. tp da undang2 kn prof n kami akur..

ak wat analogi yg lain.. ade istilah lelaki dan juga istilah Ahmad(nme org).. so kalau ad polis tangkap seorang lelaki dan juga polis menangkap Ahmad adakah lelaki tadi dengan Ahmad tadi same..???..ofcoz la lain...lelaki name am dan Ahmad name khas yg merujuk secare tpt bhw Ahmad cirinya tinggi, kulit gelap dan lain2 la... begitujuga dalam kes ni...di peringkt antarabngsa katolik panggil sebgai God (bhs inggris) dan ilah( bhs arab)..xsebut pn Allah.. knp kt m'sia je..patut Tuhan berdasrkan dalm bahasa melayu Tuhan=god knknkn.. boleh korang bygkan di peringkt Antarabgsa menggunakan Allah, nescaye kristian itu sendiri keliru n blur n kemudiannya masuk islam ,,sbb tu la dorang xnak guna...




korang mesti fkir...kt indon, mesir dan lain2 tmpt pkai Allah je wlu kristian.. korang boleh tgk aibat, natijah n kesan kt ngre 2.. indon dgn sekular n liberalnye, mesir pn cm 2 gak... sekular n liberal 2 pisah agm n dunie.. sbb 2 kt indon boleh kwin campur agama...pas 2 da islam+kristian=anak jadi ap..???..last jd kristian coz sng dri islam...kite sbgi islam kne fkir bende ni kalu kne kt m'sia...sakit wey..anak cucu aku sok2 jd cam 2..mintk jauh la ya Allah...

ak nk tmbah, korang mesti ad matlkamat n cite2...korang mesti wat step pertame nak capai mtlmt n cite2 korang kn spt blajr ke smpn duit ke dll...bgitujuge kes ni..ni mgkn step pertame dorang(katolik) nk cpai mtlmt dorng yg kite sndri pun xtaw..bgi ak kerajaan kne gubal undng2 hak istimewa orng mly n islam spy jgn disentuh n digugat n tutp akta2 yg lemah diganti yg lebih kuat..ak ckp bukn nk perthan melayu tapi islam..kt m'sia ni ad je mlyu 2 kristian, tp islam ad cine, iban, india dll.

prof ak suggest, kite kne perkuat n sediakn benteng keimanan n akidah yg kuat kt ank2 mude kite.. dgan sistem pendidikan kite.. cube try tny kt bdk islam skunk..why n knp awk islam..msti dorang ckp sbb makbpk ak org islam..what???..kalu ni jwapnnye make sgle bnthan n rayuan hanye bersifat emosi sbb 2 ade yg sanggup ltupkn greje n ni xthn lame bersifat temporal je..suam2 suku taik aym sok2 letih la..kalu ade yg jwp sbb ilmu n tahu itu pegangan ak n not taqlid make ia sudah ckup memadai untuk berthn lame dlm isu ni....

*umt islam kt m'sia kne bertenang n bijak menangani bende ni jgn smpi bkar gereja pulak 2 gile namenye...dlm perang pn xley men bkr2 ni nikan pulak aman ...pker molek...kalu x memag x selesailah...ak sokong dgn satu parti politik ni yg wat sesi dialog berbanding bantahan secara demo....2 pakai akai nmenye...tpi kalu demi agm not bangse lagi ak sokong walaupun demo*...

Thursday, January 7, 2010

PERDEBATAN PENUH LOGIK






SEORANG PROFESOR BERFAHAMAN ATHEIS DENGAN SEORANG PELAJAR BERFAHAMAN DAN BERAGAMA ISLAM (Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan )


Prof: Kamu percayakan Tuhan?


Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya


Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)





Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)




Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan
berfungsi sepertinya.